Ahad, 4 April 2010
CATATAN UNTUK KHAIRUL AZMI ABDULLAH
Asalamualaikum untuk semua khasnya untuk Cg. Khairul Azmi Abdullah dan keluarga.Sempena sambutan 20 thn SMK Kabogan telah mengimbau kembali banyak kenangan bersama guru-guru khasnya mereka yang telah bertukar/berpindah ke sekolah lain. Bagi saya secara peribadi serta semua warga SMK Kabogan, nama Cg Khairul memang tidak asing lagi dalam sekolah ini melahirkan modal insan yang cemerlang. Khairul Azmi Abdullah adalah seorang anak kelahiran negeri Kelantan yang telah banyak menyumbang tenaga dalam merealisasikan visi sekolah. Penglibatan beliau dalam semua bidang disekolah banyak mencorakkan warna SMKKS. Pencapaian baik dalam bidang kurikulum dan kokurikulum sekolah sedikit sebanyak hasil daripada beliau. Sukan terutamanya. Banyak kejayaan yg dikecapi sejak beliau menjadi jurulatih olahraga dan Bolasepak. Tidak dinafikan juga beliau adalah antara guru yang begitu bersemangat dalam melahirkan athlit yang bersemangat serta berkemampuan bersaing... Kini setelah 5 tahun beliau bertukar, bahagian pelaksana ulangtahun ke 20 SMKKS tidak ketinggalan mengucapkan selamat majujaya kepada beliau, semoga beliau akan terus berbakti untuk agama bangsa dan negara...Terima kasih diatas sumbangan beliau kepada SMK Kabogan...Harapan kami semua, walaupun berada dilain suasana, jangan lupa kami di SMK Kabogan.. Cg Khairul akan kami kenang... ( Oleh Mohd Said Ahmad ) http://masareka.blogspot.com/

