Khamis, 26 November 2009

MUHADI BIN HJ MAJID


MUHADI HJ MAJID.( Adi ...nama dalam jadual.. he...he...)
SMK Kabogan memang sebuah sekolah yang agak daif dari segi fizikal tapi dari segi sahsiah dan akademik masih boleh dibanggakan. Ko-kurikulum memang banyak mengukir sejarah tersendiri sekolah ini. Ada diantara atlit sekolah ini pernah menjulang nama sekolah diperingkat Negeri Sabah. Kadang-kadang kita lupa kekuatan sukan sekolah terletak di bahu PK KOKUM sekolah berkenaan. Saya pernah bekerja bersama-sama Cg.Muhadi. Saya bangga segala impian untuk menjadikan SMK Kabogan salah satu pengeluar athlit di Semporna telah lama tercapai. Peringkat Gabungan Tawau serta Sabah sudah pernah kami kecapi bersama. Pahit getir membangunkan sukan sekolah telah kami galas bersama disamping guru-guru sukan SMK Kabogan. Bagi saya, kegemilangan sukan SMK Kabogan sekarang mungkin payah untuk mengatasi pencapaian semasa En Muhadi berada di SMK Kabogan hampir 10 tahun. Muhammad Jamlang, Rashid Bungug, Kasridah, Siti Julpa, dan banyak lagi pelajar sekolah ini yang tidak akan hilang diingatan Cg Muhadi kerana inilah antara pelajar yang pernah mengharumkan nama sekolah sampai ke peringkat Negeri Sabah. Walau apapun keadaannya SMK Kabogan masih tetap melahirkan atlit yang berpotensi namun kehilangan En Muhadi dari bangku PK Ko-Kum adalah satu tamparan BESAR bagi pengganti beliau. Rekod kecemerlangan yang pernah dikecapi mungkin tidaklah seindah yang pernah kita lalui. Tangisan Juara sudah mula hilang yang tinggal hanyalah tangisan kekalahan.... Selamat Bertugas untuk Cg. Muhadi Majid, jasa dan pengorbananmu akan saya kenang selalu... Sekian


Dicatat Oleh: Mohd Said Ahmad

Rabu, 25 November 2009

JasaMu Di Kenang

Wajah guru-guru dan staf SMK Kabogan yang telah bertugas di sekolah lain. Bagi warga SMK Kabogan kami mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada para guru dan AKS yang banyak menyumbangkan tenaga di SMKKS. Harapan kami warga SMKKS semoga kalian gembira berada di tempat baru. Ingatlah " Dimana Bumi Di Pijak Di Situ Langit Di Junjung"
Apa pun jangan lupakan kami di SMK Kabogan... Selamat Bertugas dan Selamat Hari Raya AidilAdha........

Guru Penjana Modal Insan

SMK Kabogan 1989-2009
Selamat menunaikan tanggungjawab dan amanah agama bangsa dan negara. Kita adalagh insan paling istimewa yang dikurniakan Allah segala kelebihan. Mendidik manusia jadi seorang yang berguna adalah satu amanah yang sungguh mulia.. Walaupun sekolah kita tidaklah sehebat sekolah lain di daerah kita, tapi kita harus bangga disebalik kekurangan ini kita dikurniakan kerjasama dan hubungan sangat baik stafnya.SMK Kabogan adalah sekolah yang sungguh beruntung dengan kehadiran guru-guru yang bersemangat tinggi memperjuangkan anak bangsanya. 20 Tahun sudah berlalu, SMK Kabogan masih tetap megah dengan kehebatan tersendirinya. Siapa sangka SMK Kabogan yang begitu daif telah menjangkau 20 tahun dan masih tetap dengan bangunan2 lama yang daif. Kita hanya berputih mata melihat sekolah lain dengan kehebatan fizikalnya.Tahun 2009 mungkin tahun yang paling gemilang bagi sekolah ini dengan beberapa perubahan yang dibuat oleh pihak pengurusan sekolah. Saya berharap setiap usaha ini akan disambut baik oleh para pendidik di sekolah ini. Biarlah 20 tahun berlalu yang penting semangat memajukan anak bangsa tidak akan luntur..... Ayo SMKKS 2010.. Kita akan terus perjuangkan anak bangsa kita, kita akan lahirkan bangsa yang akan memikul tanggungjawab dimasa akan datang......

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1430H
Dan Selamat Menjalankan Tugas Tahun 2010

Ahad, 15 November 2009

Selamat Datang Ke SMK Kabogan


PENGETUA & PENTADBIRAN

 
 

Khamis, 23 Julai 2009

Kaunter SMS Bidang Kemanusiaan SMKKS






Pentadbiran

STAFF 2010

SUKAN OLAHRAGA 2010

BERSEDIALAH WAHAI PELAJAR2 SMKKS

PEPERIKSAAN SPM 2010 HANYA TINGGAL


Penulis Blog

Foto saya
Semporna, SABAH, Malaysia

AKTIVITI BIDANG KEMANUSIAAN SMK KABOGAN

1.0 PENDAHULUAN

Sepanjang bulan Januari hingga Julai 2008, pelbagai aktiviti atau program telah dirancang oleh Bidang Kemanusiaan untuk meningkatkan pencapaian prestasi pelajar dalam bidang akademik. Terdapat tujuh panitia yang berpayung di bawah bidang kemanusiaan yang mana kesemua panitia ini saling bekerjasama dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar melalui aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan.Laporan ini disediakan untuk melihat sejauhmana aktiviti yang telah dirancang oleh Bidang Kemanusiaan dan unit-unit di bawahnya telah dapat dilaksanakan dan mengambil tindakan sewajarnya jika aktiviti atau program penting yang sepatutnya dilaksanakan tidak dijalankan.
1.0 OBJEKTIF PROGRAM / AKTIVITI

Terdapat beberapa objektif :

1.1 Meningkatkan prestasi pelajar dalam bidang akademik.
1.2 Memantapkan pengajaran guru melalui aktiviti pencerapan yang dilakukan oleh pihak pentadbir, Ketua Bidang dan Ketua Panitia.
1.3 Mendedahkan pelajar kepada peningkatan pengetahuan sedia ada melalui program berbentuk amali.
1.4 Mewujudkan semangat kerja berpasukan.

2.0 LAPORAN PROGRAM / AKTIVITI
(LAMPIRAN)

3.0 ANALISIS PROGRAM/AKTIVITI

3.1 KEKUATAN
4.1.1 Kerjasama dan komitmen guru dalam setiap program.
4.1.2 Guru-guru opsyen yang mengajar subjek-subjek tertentu.
4.1.3 Kerjasama pihak pengurusan dalam setiap aktiviti yang
dilaksanakan.

3.2 KELEMAHAN
3.2.1 Guru yang mengajar subjek-subjek tertentu terdiri dari mereka yang bukan opsyen.
3.2.2 Tidak semua guru memberikan komitmen yang baik dalam setiap aktiviti.
3.2.3 Kehadiran pelajar terutama ke kelas tambahan kurang memuaskan.
3.2.4 Terdapat kekangan masa dan kewangan dalam aktiviti yang dilaksanakan.
3.3 PENAMBAHBAIKAN
3.3.1 mendapatkan guru opsyen.
3.3.2 Mengadakan kursus peningkatan profesionalisme untuk guru-guru sebagai refresh dan meningkatkan motivasi guru.
3.3.3 Mengurangkan kekangan masa dan kewangan dalam setiap aktiviti.

PEMENANG ACARA 4X100

PEMENANG ACARA 4X100

Dalam Kenangan

Dalam Kenangan