Selasa, 5 April 2011
MPAK 2011 Smk Kabogan
Perasmian mpak dan pelancaran laman web smk kabogan, semporna akan di adakan pada 21 april 2011. Sesi fotografi untuk pentadbir, guru-guru dan aks akan di adakan pada 12 april 2011, semua di kehendaki hadir dengan pakaian tema warna purple...
Isnin, 7 Mac 2011
Ahad, 6 Februari 2011
PENGANJUR BOLA TAMPAR MSSD SEMPORNA 2011
Tahniah SMKKS sebagai penganjur Pertandingan Bola Tampar MSSD Semporna 2011.. Kepada Semua AJK yang terlibat tahniah kerana berjaya juga harumkan nama baik sekolah kita,,... Dua orang pelajar telah terpilih mewakili daerah, iaitu Mazlan Julaspi dan Rizan Salasai. Jangan lupa selepas ini kita masih lagi menjadi penganjur Bola Tampar Peringkat Tenggara pula..
Khamis, 3 Februari 2011
PENDIDIKAN SENI VISUAL TNGKATAN 4
ASAS SENI REKA
A. UNSUR SENI1. Garisan
- Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu
- Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak, dan untuk menimbulkan bentuk, ruang, dan pergerakan.
2. Rupa
- Rupa adalah hasil pertemuan titik hujung dengan titik mula
- Rupa adalah kawasan rata yang dilingkari garisan luar
- Terdapat 2 jenis rupa iaitu:
a- Rupa geometri – bersudut seperti segi tiga, segi empat, pyramid, bulat dsb.
b- Rupa organic – rupa bebas yang tidak bersudut seperti rupa daun, buah, batu dsb.
-Rupa boleh diolah dalam bentuk:
a- Rupa positif – rupa objek yang terletak di sesuatu kawasan
b- Rupa negative – ruang di sekeliling rupa sesuatu objek.
3. Bentuk
- Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaan
- Terdapat 2 jenis bentuk iaitu:
a- Bentuk konkrit – bentuk objek sebenar yang bersifat 3 dimensi iaitu boleh disentuh, dilihat, dan dirasai. (bukan berbentuk gambar)
b- Bentuk ilusi – bentuk visual yang bersifat 2 dimensi yang digambarkan melalui lukisan atau catan.
4. Jalinan
- Jalinan ialah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda
- Terdapat 2 jenis jalinan iaitu:
a- Jalinan sentuh – jalinan yang dapat dirasai dengan sentuhan/tangan seperti kolaj, arca, dan catan teknik impasto
b- Jalinan tampak – jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai dengan tangan seperti corak batik, jalur buah tembikai dan gambar foto.
5. Ruang
- Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara dua objek, atau rongga dalam sesuatu objek.
-Terdapat 2 jenis ruang iaitu:
a- Ruang nyata – ruang sebenar yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit
b- Ruang tampak – ruang yang hanya dapat dilihat dalam seni tampak seperti lukisan, catan dan cetakan (bukan sebenar)
6. Warna
- Terdapat 3 jenis warna iaitu:
a- Warna asas – iaitu merah, biru, dan kuning (tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna lain)
b- Warna sekunder – iaitu campuran dua warna asas (Hijau ‘Biru + Kuning’, Jingga ‘Kuning + Merah’ dan Ungu ‘Merah + Biru’)
c- Warna tertier – iaitu campuran warna asas dengan warna sekunder
- Terdapat 3 gubahan warna iaitu:
a- Warna harmoni- warna bersebelahan dalam roda warna (warna sekeluarga, selesa dan seimbang)
b- Warna penggenap – warna yang bertentangan dalam roda warna (menimbulkan kesan segar, kaya, kontra, getaran dan pergerakan)
c- Warna sewarna – hanya satu warna yang mempunyai pelbagai ton (daripada terang kepada gelap)
- Terdapat 2 suhu warna iaitu:
a- Warna panas – warna antara warna merah ungu hingga kuning hijau pada roda warna (menimbulkan kesan bertenaga, garang, harapan, perang, meriah dsb)
b- Warna sejuk – warna antara hijau hingga ungu pada roda warna (menimbulkan kesan sejuk, sedih, damai dan tenang)
Di cacat oleh: Md Said Ahmad ( Guru PSV SMKKS)
dcata
Selasa, 30 November 2010
MAJLIS APRESIASI 2010
Majlis APresiasi 2010 di langsungkan Seafest Hotel.. Majlis wajib ini mendapat sambuta daripada semua warga SMKKS disamping jemputan2 khas yg datang.
Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2010
Semoga berjaya dengan cemerlang....Semua warga SMKKS mendoakan kejayaan anda...
Sabtu, 30 Oktober 2010
TAHNIAH DIATAS KEJAYAAN ANDA.......
Syukur Alhamdulillah SMK Kabogan sekali lagi menempah sejarah baru atas kenaikan pangkat guru2 sekolah ini, yang mencatat sejarah paling ramai di daerah Semporna...
Mereka ialah.. Ramli Sukurani PK Ptg , Sharmila Abd Sala PK KoKum, Rozanah Madsarapi Ketua Bidang, Rarah Sahidatin Ketua Bidang, Ahmad Olman Ketua Bidang dan Othman Ketua Bidang.. Semoga Allah memurahkan rezeki anda semua.. Selamat Berjuang Untuk Agama Bangsa dan Negara... KERANA ALLAH.....

Langgan:
Catatan (Atom)
BERSEDIALAH WAHAI PELAJAR2 SMKKS
PEPERIKSAAN SPM 2010 HANYA TINGGAL
Penulis Blog
AKTIVITI BIDANG KEMANUSIAAN SMK KABOGAN
1.0 PENDAHULUAN
Sepanjang bulan Januari hingga Julai 2008, pelbagai aktiviti atau program telah dirancang oleh Bidang Kemanusiaan untuk meningkatkan pencapaian prestasi pelajar dalam bidang akademik. Terdapat tujuh panitia yang berpayung di bawah bidang kemanusiaan yang mana kesemua panitia ini saling bekerjasama dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar melalui aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan.Laporan ini disediakan untuk melihat sejauhmana aktiviti yang telah dirancang oleh Bidang Kemanusiaan dan unit-unit di bawahnya telah dapat dilaksanakan dan mengambil tindakan sewajarnya jika aktiviti atau program penting yang sepatutnya dilaksanakan tidak dijalankan.
1.0 OBJEKTIF PROGRAM / AKTIVITI
Terdapat beberapa objektif :
1.1 Meningkatkan prestasi pelajar dalam bidang akademik.
1.2 Memantapkan pengajaran guru melalui aktiviti pencerapan yang dilakukan oleh pihak pentadbir, Ketua Bidang dan Ketua Panitia.
1.3 Mendedahkan pelajar kepada peningkatan pengetahuan sedia ada melalui program berbentuk amali.
1.4 Mewujudkan semangat kerja berpasukan.
2.0 LAPORAN PROGRAM / AKTIVITI
(LAMPIRAN)
3.0 ANALISIS PROGRAM/AKTIVITI
3.1 KEKUATAN
4.1.1 Kerjasama dan komitmen guru dalam setiap program.
4.1.2 Guru-guru opsyen yang mengajar subjek-subjek tertentu.
4.1.3 Kerjasama pihak pengurusan dalam setiap aktiviti yang
dilaksanakan.
3.2 KELEMAHAN
3.2.1 Guru yang mengajar subjek-subjek tertentu terdiri dari mereka yang bukan opsyen.
3.2.2 Tidak semua guru memberikan komitmen yang baik dalam setiap aktiviti.
3.2.3 Kehadiran pelajar terutama ke kelas tambahan kurang memuaskan.
3.2.4 Terdapat kekangan masa dan kewangan dalam aktiviti yang dilaksanakan.
3.3 PENAMBAHBAIKAN
3.3.1 mendapatkan guru opsyen.
3.3.2 Mengadakan kursus peningkatan profesionalisme untuk guru-guru sebagai refresh dan meningkatkan motivasi guru.
3.3.3 Mengurangkan kekangan masa dan kewangan dalam setiap aktiviti.

PEMENANG ACARA 4X100
Dalam Kenangan