Selasa, 30 November 2010

MAJLIS APRESIASI 2010

Majlis APresiasi 2010 di langsungkan Seafest Hotel.. Majlis wajib ini mendapat sambuta daripada semua warga SMKKS disamping jemputan2 khas yg datang.

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2010

Semoga berjaya dengan cemerlang....Semua warga SMKKS mendoakan kejayaan anda...

Sabtu, 30 Oktober 2010

TAHNIAH DIATAS KEJAYAAN ANDA.......

Syukur Alhamdulillah SMK Kabogan sekali lagi menempah sejarah baru atas kenaikan pangkat guru2 sekolah ini, yang mencatat sejarah paling ramai di daerah Semporna...
Mereka ialah.. Ramli Sukurani PK Ptg , Sharmila Abd Sala PK KoKum, Rozanah Madsarapi Ketua Bidang, Rarah Sahidatin Ketua Bidang, Ahmad Olman Ketua Bidang dan Othman Ketua Bidang.. Semoga Allah memurahkan rezeki anda semua.. Selamat Berjuang Untuk Agama Bangsa dan Negara... KERANA ALLAH.....

Jumaat, 10 September 2010

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Asallamualaikum smua warga SMKKS serta smua para pelawat blog Kemanusiaan... Terlebih dahulu saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN......Setelah sebulan kita berpuasa tibalah masanya kita menyambut hari kemenangan Hari Raya...Syukur alhamdulillah tahun ini kita berjaya mengerjakan ibadah puasa selama sebulan... Hari Raya yg disambut begitu berharga bagi kita semua khasnya,,,dan seluruh umat islam amnya.. SMK Kabogan sepatutnya berbangga dgn perkembangan dan kepesatan pembangunan sejak kebelakangan ini... Pencapaian akademik dan ko kurikulum yg bolehlah dibanggakan... Dalam keghairaan kita mengejar kecemerlangan ini, jgn pla kita lupa keharmonian warga SMKKS yg memang tidak dapat dinafikan keakrabannya...Keharmonian ini da tercatat sekian lama,, begitulah kehidupan kita di SMKKS.. Alangkah baiknya hubungan baik ini dikekalkan tanpa ada perasan ragu2 dan terlalu mengikut rasa hati semata2. Manusia tidak dapat lari dari rasa tidak puas hati, namun sebagai sebuah keluarga semua ini ada jln penylsaiannya, bukan menuding atas kesalahan saudara2 kita yg lain... Kita berada di bawah satu ketua atau pemimpin, jatuh bangunnya seorg pemimpin berpunca juga dari kominitinya @ ahli2nya.. Mengapa kita harus rasa tersisih? sedangkan kita semua pernah meungecapi anugerah atas kecemerlangan kita?.. apa lagi yg kita kehendaki?,,,.,Perjuangan utk memajukan anak bangsa adalah misi utama kita... Tanpa kekuatan semua pihak kita tidak akan berada ditahap ini... Kita cuma ada seorang ketua,, kepatuhan kepada ketua harus kita tanamkan dilubuk hati kita.. Syukurlah kita dikurniakan seorang ketua yg begitu memahami dan bertolak ansur... Kita tidak lepas dari silap dan salah, kegagalan kita merialisasikan tugas harian kita dan kdg2 mengundang kita utk menerima teguran.. Alhamdulillah smua itu asam garam kita sebagai pendidik...Dihari baik bulan baik ini marilah kita sama2 merenung apa kelemahan kita bukan nak ingat apa kelebihan kita...semoga SMKKS sentiasa ceria sepanjang masa..

.SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN..

Drp Bidang Kemanusiaan
1 Syawal 2010

Rabu, 11 Ogos 2010

Isnin, 17 Mei 2010

PERUTUSAN HARI GURU 2010 OLEH Y.BHG. TAN SRI KPPM

P
ERUTUSAN HARI GURU 2010
oleh
Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin bin Haji Mohd. Dom
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia  
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”  
Assalamualaikum Warahmatullahi  Wabarakatu, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.  
Tuan-tuan, puan-puan warga pendidik dan pelajar yang dikasihi sekelian. 
1.         Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya, sekali lagi pada tarikh ini, 16 Mei 2010, kita dapat menyambut hari paling istimewa bagi para pendidik iaitu Hari Guru. Tanggal 16 Mei setiap tahun sejak 1972 disambut untuk kita semua  memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada profesion keguruan selain mengenang jasa dan pengorbanan para guru dalam mendidik anak-anak menjadi insan yang berjasa kepada bangsa dan negara.   
2.         Tahun ini, sekali lagi tema ‘Guru Pembina Negara Bangsa’ dipilih kerana ia menepati aspirasi kerajaan dalam membentuk sebuah negara yang baik dan berkesan. Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha untuk menyediakan sistem pendidikan yang terbaik agar setiap kita dapat mengembangkan potensi dan bakat secara optimum. Sekolah perlu menjadi acuan dan landasan yang mampu melahirkan golongan pelapis generasi muda yang bergerak seiring aspirasi negara dengan mengetepikan perbezaan yang berdasarkan kepada bangsa dan agama. Oleh itu, semua guru sebagai seorang profesional perlu merebut peluang menimba pengalaman dengan melibatkan diri dalam pelbagai langkah menyediakan diri untuk menjadi seorang pengurus dan pentadbir profesional kelas pertama.   
3.         Standard Guru Malaysia menetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada warganegara Malaysia kini dan akan datang. Para guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai guru profesional dengan berkesan. Guru harus bijak membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard serta mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri dalam usaha mencapai kecemerlangan tugas sebagai pendidik dan pembina negara bangsa.    
4.         Falsafah Pendidikan Guru menekankan kriteria seorang guru haruslah berperkerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Setiap guru juga bertanggungjawab untuk mengenal pasti dan prihatin terhadap kemajuan dan kelemahan setiap anak didik mereka supaya generasi pelapis akan mampu mengorak langkah kearah kecemerlangan diri, bangsa dan negara.   
5.         Warga pendidik harus menyedari bahawa selain bertanggungjawab mengajar dan mendidik, guru juga menggalas amanah yang berat kerana mereka turut berperanan menbentuk akhlak serta jati diri anak didik. Guru mempunyai kelebihan dari aspek pengetahuan ilmu psikologi kanak-kanak dan kepakaran pedagogi. Guru harus dan mesti boleh mengimplementasikan kaedah pendidikan yang tepat di mana strategi pengajaran dan pembelajaran yang beliau lakukan memperhatikan situasi, kondisi dan karakter seseorang, sehingga nilai-nilai murni dapat di tanam dan dijelmakan dengan baik dalam diri anak didik. Saya penuh yakin dengan kewibawaan para guru di Malaysia dalam mempersiapkan diri anak didik agar menjadi insan yang cekal dan berupaya mengharungi tuntutan dan perubahan arus globalisasi.   
Warga pendidik dan pelajar sekelian,  
6.         Matlamat dan dasar yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam membina Negara Bangsa adalah untuk memastikan setiap pelajar memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu. Kementerian Pelajaran menyediakan pendidikan yang dapat menyemai nilai-nilai ini bermula di peringkat awal pendidikan kanak-kanak lagi.   
7.         Bagi merealisasikan hasrat ini agen perubahan yang utama adalah guru dan institusi pendidikan.Guru harus memainkan peranan untuk memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum dan sukan. Peranan guru adalah memastikan generasi pewaris negara iaitu anak didik diberikan pendidikan yang tidak berbelah bagi.  Aspirasi negara terhadap guru sebagai pembina negara bangsa menuntut komitmen yang tinggi daripada semua warga pendidik. Guru harus menggalas tugas berat menghasilkan seorang insan yang cemerlang dari segi ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang sains, teknologi dan ICT, berkemahiran tinggi seperti berupaya berkomunikasi dengan berkesan dalam pelbagai bahasa dan mempunyai sahsiah yang positif agar dapat menyumbang kepada kesejahteraan diri, keluarga dan negara.   
8.         Konsep 1Malaysia yang dipelopori oleh YAB Perdana Menteri menekankan kesejahteraan rakyat dan keberhasilan yang dapat dinikmati seperti yang terkandung dalam gagasan 1Malaysia “Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Bagi mencapai kesejahteraan, warga pendidik harus menghayati dan berkongsi bersama falsafah dan objektif ‘collegiality’ yang membawa maksud “the cooperative relationship with colleagues” (keserakanan). Kita harus faham bahawa prinsip keserakanan yang positif boleh mempercepatkan proses pencapaian kecemerlangan secara bersama. Prinsip keserakanan harus wujud dalam diri setiap pendidik supaya aspirasi negara dapat diterjemahkan dalam satu kefahaman bersama.  
9.         Saya dengan ini menyeru kepada semua warga pendidik supaya membulatkan tekad dan menguatkan azam untuk sama-sama bekerja bagi memartabatkan organisasi pendidikan kita. Adalah menjadi harapan saya, semua guru melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan amanah dengan semangat keserakanan bagi memartabatkan profesion keguruan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan pendidikan yang diberikan kepada rakyat selaras dengan gagasan 1Malaysia yang menekankan ideologi rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Penerapan konsep 1Malaysia harus dipupuk di peringkat sekolah kerana pembentukan sahsiah dan karakter remaja adalah ketika di alam persekolahan. Sama-samalah kita berdoa agar apa yang direncana akan terlaksana mengikut rangka kerja dan perancangan.  
10.       Penilaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah mula dilaksanakan pada tahun 2010  meliputi semua agensi kerajaan. Sistem pengukuran prestasi menggunakan KPI di sekolah adalah penting dan perlu dilaksanakan. Tuntutan terhadap sekolah dalam kecemerlangan akademik, kokurikulum, disiplin yang baik, amalan-amalan pengurusan, kepimpinan, kompetensi guru yang tinggi dan lain-lain memerlukan sekolah menggunakan strategi serta amalan yang berasaskan prestasi. Penggunaan KPI dan sasaran prestasi boleh digunakan dalam setiap aspek pengurusan sekolah di mana prestasi boleh diukur dari segi proses yang disampaikan dan output yang dihasilkan di sekolah. Sasaran prestasi perlu mengambil kira perkara-perkara seperti keupayaan proses yang meliputi aliran kerja, keperluan sumber manusia, kewangan, peralatan, infrastruktur yang sesuai serta kepuasan dan kehendak pelanggan.   
11.       Saya yakin sistem pengukuran KPI sebagai kayu pengukur kepada kecemerlangan perkhidmatan pendidikan akan dapat meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan untuk rakyat Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti dan memastikan kualiti sistem pendidikan negara kekal dan bertaraf dunia.   
12.       Akhir kata, sempena dengan sambutan Hari Guru tahun ini, saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di Malaysia dan berharap tahun 2010 ini akan membawa kecemerlangan kepada institusi pendidikan negara dengan melahirkan modal insan yang harmonis dan seimbang yang akan menjadi tonggak kekuatan negara bangsa.   
TERIMA KASIH CIKGU! …“SELAMAT HARI GURU”.

Sabtu, 15 Mei 2010

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Jumaat, 14 Mei 2010

Selamat Hari Guru untuk semua warga pendidik di SMK Kabogan, semoga kita akan sentiasa cemerlang..

Isnin, 26 April 2010

SAMBUTAN 20 TAHUN (Penuh Nostalgia)

Majlis Ulangtahun SMKKS disambut dengan penuh meriah dihadapan kira-kira 600 jemputan yang terdiri daripada pengetua, guru besar, guru2 serta ibubapa pelajar disamping kehadiran semua staff smkks serta pelajar2 sekolah.Majlis penuh gilang-gemilang ini disempurnakan oleh Y.BHG. Dr Hj Muhiddin Yusin, Pengarah Pelajaran Sabah   
 
        

Sabtu, 17 April 2010

Ahad, 4 April 2010

CATATAN UNTUK KHAIRUL AZMI ABDULLAH

Asalamualaikum untuk semua khasnya untuk Cg. Khairul Azmi Abdullah dan keluarga.Sempena sambutan 20 thn SMK Kabogan telah mengimbau kembali banyak kenangan bersama guru-guru khasnya mereka yang telah bertukar/berpindah ke sekolah lain. Bagi saya secara peribadi serta semua warga SMK Kabogan, nama Cg Khairul memang tidak asing lagi dalam sekolah ini melahirkan modal insan yang cemerlang. Khairul Azmi Abdullah adalah seorang anak kelahiran negeri Kelantan yang telah banyak menyumbang tenaga dalam merealisasikan visi sekolah. Penglibatan beliau dalam semua bidang disekolah banyak mencorakkan warna SMKKS. Pencapaian baik dalam bidang kurikulum dan kokurikulum sekolah sedikit sebanyak hasil daripada beliau. Sukan terutamanya. Banyak kejayaan yg dikecapi sejak beliau menjadi jurulatih olahraga dan Bolasepak. Tidak dinafikan juga beliau adalah antara guru yang begitu bersemangat dalam melahirkan athlit yang bersemangat serta berkemampuan bersaing... Kini setelah 5 tahun beliau bertukar, bahagian pelaksana ulangtahun ke 20 SMKKS tidak ketinggalan mengucapkan selamat majujaya kepada beliau, semoga beliau akan terus berbakti untuk agama bangsa dan negara...Terima kasih diatas sumbangan beliau kepada SMK Kabogan...Harapan kami semua, walaupun berada dilain suasana, jangan lupa kami di SMK Kabogan.. Cg Khairul akan kami kenang... ( Oleh Mohd Said Ahmad )  http://masareka.blogspot.com/

Design Brochure SMK Kabogan

Inilah Design Brochure SMK Kabogan harap2 banyaklah manafaatnya kepada kita semua, sebagai bahan rujukan. Ini baru muka 1 yang kedua akan diupload untuk tatapan kita..

 

Sabtu, 3 April 2010

HARI KANTIN SMK KABOGAN 2010

Sempena sambutan Ulangtahun Ke-20 SMK Kabogan, satu lagi program untuk memeriahkan lagi sambutan tersebut ialah HARI KANTIN. Hari Kantin akan dibuka kepada semua penduduk di persekitaran Kg. Kabogan disamping semua warga SMK Kabogan. Program ini akan diadakan pada 18-19 April 2010 dan kemungkinan akan dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Semporna

Ahad, 28 Mac 2010

Banner sambutan 20 thn dan mpak..dah siap dan dah direntang dkt PPD.. semoga tarikh tu tak ditunda lagi.

Jumaat, 26 Mac 2010

MAJLIS SAMBUTAN 20 TAHUN SMK KABOGAN

 BANNER ULANGTAHUN KE 20 SMK KABOGAN

Banner untuk sambutan ulangtahun ke-20 bertemakan suka dan duka membangunkan sebuah sekolah yang serba kekurangan selama 20 tahun.. Perjuangan para pengetua, penolong2 kanan guru2 serta staf sokongan diilhamkan dalam banner ini.. Walaubagaimanapun banner ini masih dlm proses menyiapkan designnya... 
Ia seolah-olah sebuah cover filem...

Sabtu, 13 Mac 2010

Jumaat, 12 Mac 2010

Rabu, 10 Mac 2010

Ucapan Mantan Pengetua SMK Kabogan


Sebutir Kata Seulas Bicara
( Mantan Pengetua )

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurniaNya, saya berpeluang untuk menitipkan sepatan dua kata sempena Sambutan Ulang Tahun ke 20 SMK Kabogan, Semporna.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga SMK Kabogan atas kejayaan mengajurkan majlis yang penuh gilang-gemilang dan bermakna ini.

Sesungguhnya majlis seperti ini amat bermakna kepada seluruh warga SMK Kabogan dalam mengimbau kembali sejarah penubuhan dan pahit getir yang pernah ditempuhi sebelum sampai kepada apa yang dimiliki pada hari ini. Saya pasti pada usia yang telah menjangkau 20 tahun, SMK Kabogan sudah cukup matang dalam segenap aspek dan juga telah meraih serta mengecap pelbagai kejayaan demi kejayaan. Syabas dan tahniah sekali lagi saya ucapkan.

Akhir sekali, semoga warga SMK Kabogan terus beriltizam untuk menghasilkan pencapaian kerja yang cemerlang agar dapat memberi manfaat kepada sekolah, masyarakat dan negara.

Sekian, terima kasih


( MOHAMAD KHAIRUDDIN ABDULLAH )
Mantan Pengetua ( 1990 – 1993 )





Jumaat, 5 Mac 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SMK KABOGAN 1431 H / 2010

Sambutan Maulidul Rasul Peringkat SMK Kabogan tahun 1431H telah diadakan pagi tadi anjuran Panitia Pendidikan Islam.. Antara agenda nya, Bacaan Salawat Nabi...sambil berarak menuju ke kampung Kabogan Laut, ceramah, pertandingan nasyid.. Majlis ini dirasmikan oleh tn pengetua SMKKS En. Taip Hj Abdullah..
Semoga Allah memberkati usaha murni Panitia Pendidikan Islam..

Isnin, 22 Februari 2010

CATATAN RINGKAS 20 TAHUN SMK KABOGAN

AJLIS SAMBUTAN ULANGTAHUN KE 20 SMK KABOGAN DAN MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SMK KABOGAN 2009


Sempena sambutan 20 tahun SMK Kabogan… Disini saya mengambil peluang untuk mencatatkan beberapa peristiwa sejak 14 tahun yang lalu.. Tahun 1994 saya mula melaporkan diri di SMK Kabogan. Suasana pada masa tu, sememangnya serba daif, tapi sebagai seorang guru yang masih penuh semangat suasana seperti itu tidak menghalang untuk berbakti kepada agama bangsa dan Negara.. En Abd Menang Hj Osman pengetua tempat saya melaporkan diri pada masa tu.. Maktab Perguruan Sandakan yang saya tinggalkan yang juga antara maktab perguruan yang serba kekurangan berbanding maktab2 lain dah banyak mengajar saya erti kekurangan ini… SMK Kabogan memang tidak lari dari sikap baik budi guru2nya.. Seingat saya guru2 ketika itu antaranya… Cg. Zalekho, Tengku Mohd Nazri, Sahidani, Basardin, Othman Abd Rajim, Sofia Ati, Ust Fazil, Sanadi Saad, Hamzah Baunding, Norisah, Hj Ibrahim, Muhadi Majid, Pua Giak Puan Siti Razmah, Siti Rusinah ( Allayarhama )Abd Yazih, Ust Zikri, Fadir, Ust Hashim, Aziz dan isteri, dan antara staf sokongan yg masih dalam ingatan ialah Hjh Fauziah ( Allayarhama) Kak Jania, Amjani, Abd Hassan… Masa beredar guru2 seliberganti… Cg. Zalekho, Tengku Mohd Nazri, Sahidani, Basardin, Othman Abd Rajim, Sofia Ati, Ust Fazil, Sanadi Saad, Hamzah Baunding, Norisah, Hj Ibrahim, Muhadi Majid, Pua Giak Puan Siti Razmah, Siti Rusinah ( Allayarhama )Abd Yazih, Ust Zikri, Fadir, Ust Hashim, M.Said Tarah, Jasman Malam, Khairul Azmi Abdullah, Juliana, Ce Sia, Normala, Abd Hussien Saifullah Ardiyanshah, Mohd Shih, Norajijah, Siti Salwa Sharmila, Rozana, Jumani, Indani, Rarah, Ramli, Bahari, Sahidan, Suriyani, Rosilawati, Faisal, Norfadilah, Khalid, Abdullah Sani, Bataan, Sabdani, Hjh Nurul, Hanisah, Masria, Jumdatuliah, Hjh Gambalidah, Mariam, Rozan, Siti Hasmah, Rokaiyah, Paw Mei,Kemudian En Darman Shah Hj Asakil pula menjadi pengetua… antara pengetua paling bersemengat mewujudkan SMK Kabogan yang baru. Semangatnya memang tinggi untuk melihat anak didiknya Berjaya mengharumkan nama sekolah.. Minta apa saja bila pelajarnya menang.. Ketika itu pelajar terkenal Mohd Jamlang pernah mewakili Sabah dlm acara takraw…  Masa tu saya dgn cg Muhadi Yazih, Khairul Azmi dan brsama2 guru2 lain terlibat scara langsung..  Blok pentadbiran adalah kesan pentadbiran En Darman dan banyak lagi… Kemudian En Abd Hussin Hj Kiamsin menjadi pengetua.. Orgnya keras sedikit tapi suka berkawan dengan stafnya. Beliau telah membawa Badan BPR Sabah ke SMK Kabogan sehingga SMK Kabogan jadi Anak Angkat BPR Negeri Sabah…. Banyak kelebihan2 jadi anak angkat ketika itu.. emas in camp di Pokas dan ketika itu juga Guru2 SMKKS naib juara Bola sepak PSKPPS.  Selepas itu Pn Suraya Sufian pula menjadi pengetua SMKKS. Seorang guru yang gigih. Beliau banyak mengubah pakaian seragam sekolah termasukah jersi2 pasukan bola sepak takraw dan beliau menyediakan set baju Koir..Pada zaman beliau Kmpln Koir Sekolah seringkali mendapat tempat pertama peringkat daerah,.. Ketika itu juga SMK Kabogan buat pertama kali mendapat naib johan Sukan Olahraga di SMK Datuk Panglima Abdullah.. Beberapa siri perkemahan diadakan diluar sekolah.. Anugerah nilam juga pernah dicapai oleh pengurusan pusat sumber dibawah Cg Siti Razmah…. Selepas itu, En Taip Abdullah datang mengantikan beliau… Dengan penampilan ‘low profil” beliau berusaha meneruskan kegemilangan SMK Kabogan… Walaupun bermula agak pelahan.. tapi sebenarnya beliau ada target tersendiri.. Kurikulum adalah agenda utamany disamping pencapaian kokurikulum yang membrangsangkan..  SMK Kabogan banyak berubah dari segi fizikalnya.. Dataran SMKKKS, Dewan terbuka serta pengubahsuaian pejabat serta gelanggang permainan serta padang sekolah. Pada masa beliau ini berbagai pencapaian terbaik pelajar telah dikecapi.. SMK Kabogan juga pernah mencacat rekod acara lembing bahagian Tawau ( Kasridah Osman …terlalu banyak peristiwa bersama mereka sehingga tak dapat dicatatkan…. Harapan saya semoga sambutan 20 tahun SMKKS ini akan akan mengundang banyak nostalgia guru2 serta pelajar yang pernah berada di SMKKS… Selamat Menyambut 20 Tahun SMKKS.. semoga usaha mewujudkan SMK Kabogan baru akan jadi kenyataan…

Rabu, 17 Februari 2010

Jumaat, 12 Februari 2010

Di Sebalik Poco-Poco



Di sebalik Tarian Poco-poco

Salam...pada kali ini penulis ingin kongsikan kepada anda tentang sesuatu
yang menggemparkan kerana penulis sendiri pernah buat(masa dalam PLKN,secara paksa rela).Iaitu tarian Poco-poco. Secara jujurnya penulis tidak pernah tahu dan ambil tahu tentang tarian ini,asal-usulnya dan motif tarian ini.
Namun segalaya berubah apabila satu kiriman emel daripada sahabat penulis,membuatkan penulis tersentak dan kaget sebentar. Mari sama-sama baca emel ini.

"Assalammualaikum.

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya.Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus. Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.

Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama
maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan."

Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua.
Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah Umat islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.
WALLAHUALAM...

Isnin, 8 Februari 2010

Selamat Datang Ke SMK Kabogan

 
SMK Kabogan Boleh!!!!!!
 
Selamat Pengantin Baru buat Sulaiman dan Isteri tercinta semoga kekal keanak cucu.....

Norfaizah

NAMA: NORFAIZAH DULAH
NAMA GLAMOR: EIZA @ FIZA
ASAL: TAWAU SABAH

syukur la dpt posting di SMK.kABOGAN ni. apa yang sanggat membanggakan saya di sekolah ini ialah budaya kerjasama dan kemesraan antara guru-guru dan pelajarnya yang masih kaya dengan moral. bagi saya kekurangan dari segi infrastruktur bukannya penghalang utama untuk mendidik pelajar tetapi sebagai satu cabaran yang harus di tempuhi.

Haniza



NAMAKU HANIZA BT HJ JADDIN
NAMA GLAMOUR NIEZA
BERASAL DARI KG BANTAYAN, SEMPORNA


SENYUM SELALU KERANA MEMBERI SENYUMAN ITU SEPARUH DARI IMAN

Ahad, 7 Februari 2010



 


Pn. Noorkasmah Omar Batha
Penolongkanan Ko-Kurikulum
( Sekolah asal SMK Kabogan II Semporna )


Seluruh warga SMK Kabogan mengucapkan selamat datang kepada puan. Kami merasa bangga atas pertukaran puan ke SMK Kabogan.. Kami mengharapkan kehadiran pn Noorkasmah akan terus menceriakan dan terus sama-sama melonjakan prestasi Ko-Kurikulum amnya dan akademik SMK Kabogan khasnya.. Kejayaan SMK Kabogan menjuarai acara merentas desa sebagai johan keseluruhan, satu petanda baik kehadiran pn ke sekolah ini...
Selamat Bertugas..


Sabtu, 6 Februari 2010

Dalam Ingatan

 
Tengku Mohd Nazri Tengku Anang
Asal Terangganu
Pengetua SMK Wakuba Tawau

Pernah bertugas di SMK Kabogan sejak 1994 sehinggalah beliau di tugaskan di SMK Wakuba. Seorang pendidik yang berwibawa serta mudah berbincang dangan staf bawahannya. Seorang yang tegas dalam menjalankan tugas. Dimasa lapangnya beliau begitu berminat menancing bersama rakan2. Semoga Sukses Selalu. Ingat tak apa peristiwa anda bersama beliau sila kongsikan bersama...

STAFF 2010

SUKAN OLAHRAGA 2010

BERSEDIALAH WAHAI PELAJAR2 SMKKS

PEPERIKSAAN SPM 2010 HANYA TINGGAL


Penulis Blog

Foto saya
Semporna, SABAH, Malaysia

AKTIVITI BIDANG KEMANUSIAAN SMK KABOGAN

1.0 PENDAHULUAN

Sepanjang bulan Januari hingga Julai 2008, pelbagai aktiviti atau program telah dirancang oleh Bidang Kemanusiaan untuk meningkatkan pencapaian prestasi pelajar dalam bidang akademik. Terdapat tujuh panitia yang berpayung di bawah bidang kemanusiaan yang mana kesemua panitia ini saling bekerjasama dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar melalui aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan.Laporan ini disediakan untuk melihat sejauhmana aktiviti yang telah dirancang oleh Bidang Kemanusiaan dan unit-unit di bawahnya telah dapat dilaksanakan dan mengambil tindakan sewajarnya jika aktiviti atau program penting yang sepatutnya dilaksanakan tidak dijalankan.
1.0 OBJEKTIF PROGRAM / AKTIVITI

Terdapat beberapa objektif :

1.1 Meningkatkan prestasi pelajar dalam bidang akademik.
1.2 Memantapkan pengajaran guru melalui aktiviti pencerapan yang dilakukan oleh pihak pentadbir, Ketua Bidang dan Ketua Panitia.
1.3 Mendedahkan pelajar kepada peningkatan pengetahuan sedia ada melalui program berbentuk amali.
1.4 Mewujudkan semangat kerja berpasukan.

2.0 LAPORAN PROGRAM / AKTIVITI
(LAMPIRAN)

3.0 ANALISIS PROGRAM/AKTIVITI

3.1 KEKUATAN
4.1.1 Kerjasama dan komitmen guru dalam setiap program.
4.1.2 Guru-guru opsyen yang mengajar subjek-subjek tertentu.
4.1.3 Kerjasama pihak pengurusan dalam setiap aktiviti yang
dilaksanakan.

3.2 KELEMAHAN
3.2.1 Guru yang mengajar subjek-subjek tertentu terdiri dari mereka yang bukan opsyen.
3.2.2 Tidak semua guru memberikan komitmen yang baik dalam setiap aktiviti.
3.2.3 Kehadiran pelajar terutama ke kelas tambahan kurang memuaskan.
3.2.4 Terdapat kekangan masa dan kewangan dalam aktiviti yang dilaksanakan.
3.3 PENAMBAHBAIKAN
3.3.1 mendapatkan guru opsyen.
3.3.2 Mengadakan kursus peningkatan profesionalisme untuk guru-guru sebagai refresh dan meningkatkan motivasi guru.
3.3.3 Mengurangkan kekangan masa dan kewangan dalam setiap aktiviti.

PEMENANG ACARA 4X100

PEMENANG ACARA 4X100

Dalam Kenangan

Dalam Kenangan