Rabu, 13 Mei 2009

Salam: Pengucapan dan Penghayatan

Ucapan salam amat mudah disebut, tetapi tidak ramai yang memahami maksud dan tujuan serta kelebihannya. Oleh itu, tidak ramai yang berminat untuk mengucapkannya, malahan berlaku kesilapan ketika
mengucapkannya. Salam bererti selamat atau sejahtera dan merupakan satu bentuk ucapan penghormatan untuk memuliakan atau menghormati sesama Islam.
Ucapkan salam apabila bertemu sesama Islam dan dilarang sama sekali untuk memberi salam kepada orang-orang bukan Islam. Salam dikhususkan untuk sesama Islam kerana masyarakat lain mempunyai cara tersendiri untuk menghormati sesama mereka.
Ucapan salam adalah sunat, manakala menjawabnya adalah wajib. Oleh itu ucapan salam hendaklan dijawab dengan cara yang lebih baik dan sempurna. Ia boleh diucapkan pada bila-bila masa dan tanpa mengira tempat. Ucapkan salam ketika hendak memulakan kulian agama, ceramah, tazkirah, ucapan dan seumpamanya.
Apabila kita bertandang ke rumah orang, jangan sesekali masuk tanpa memberikan salam sebagai tanda meminta izin.

Zalekho Ali

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

STAFF 2010

SUKAN OLAHRAGA 2010

BERSEDIALAH WAHAI PELAJAR2 SMKKS

PEPERIKSAAN SPM 2010 HANYA TINGGAL


Penulis Blog

Foto saya
Semporna, SABAH, Malaysia

AKTIVITI BIDANG KEMANUSIAAN SMK KABOGAN

1.0 PENDAHULUAN

Sepanjang bulan Januari hingga Julai 2008, pelbagai aktiviti atau program telah dirancang oleh Bidang Kemanusiaan untuk meningkatkan pencapaian prestasi pelajar dalam bidang akademik. Terdapat tujuh panitia yang berpayung di bawah bidang kemanusiaan yang mana kesemua panitia ini saling bekerjasama dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar melalui aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan.Laporan ini disediakan untuk melihat sejauhmana aktiviti yang telah dirancang oleh Bidang Kemanusiaan dan unit-unit di bawahnya telah dapat dilaksanakan dan mengambil tindakan sewajarnya jika aktiviti atau program penting yang sepatutnya dilaksanakan tidak dijalankan.
1.0 OBJEKTIF PROGRAM / AKTIVITI

Terdapat beberapa objektif :

1.1 Meningkatkan prestasi pelajar dalam bidang akademik.
1.2 Memantapkan pengajaran guru melalui aktiviti pencerapan yang dilakukan oleh pihak pentadbir, Ketua Bidang dan Ketua Panitia.
1.3 Mendedahkan pelajar kepada peningkatan pengetahuan sedia ada melalui program berbentuk amali.
1.4 Mewujudkan semangat kerja berpasukan.

2.0 LAPORAN PROGRAM / AKTIVITI
(LAMPIRAN)

3.0 ANALISIS PROGRAM/AKTIVITI

3.1 KEKUATAN
4.1.1 Kerjasama dan komitmen guru dalam setiap program.
4.1.2 Guru-guru opsyen yang mengajar subjek-subjek tertentu.
4.1.3 Kerjasama pihak pengurusan dalam setiap aktiviti yang
dilaksanakan.

3.2 KELEMAHAN
3.2.1 Guru yang mengajar subjek-subjek tertentu terdiri dari mereka yang bukan opsyen.
3.2.2 Tidak semua guru memberikan komitmen yang baik dalam setiap aktiviti.
3.2.3 Kehadiran pelajar terutama ke kelas tambahan kurang memuaskan.
3.2.4 Terdapat kekangan masa dan kewangan dalam aktiviti yang dilaksanakan.
3.3 PENAMBAHBAIKAN
3.3.1 mendapatkan guru opsyen.
3.3.2 Mengadakan kursus peningkatan profesionalisme untuk guru-guru sebagai refresh dan meningkatkan motivasi guru.
3.3.3 Mengurangkan kekangan masa dan kewangan dalam setiap aktiviti.

PEMENANG ACARA 4X100

PEMENANG ACARA 4X100

Dalam Kenangan

Dalam Kenangan