ABDUL HUSSIEN HJ OMAR
Catatan Buat Cg. Ucen Banyak yang saya tahu mengenai rakan baik saya ini.Dari segi pribadinya sehinggalah cara beliau bekerja. Seorang yang gigih berusaha dan berpendirian tinggi. Seorang anak kelahiran semporna ini antara golongan pendidik yang akan mewarnai kepimpinan di Semporna. Kehilangan beliau dari SMK Kabogan sangat dirasai oleh warga SMK Kabogan. Saya adalah kawan rapat yang sentiasa bersama beliau ketika duka dan gembira. Kita tidak dapat lari daripada keadaan ini. Selama dekat 10 tahun saya bersama banyak kenangan mengusik jiwa yang diukir bersama. Kini beliau bertugas di SMK Bugaya 2 sebagai PK Kokum. Satu jawatan yang saya rasa masih perlu beliau terokai. Saya kenal beliau, di pentadbiran beliau seorang yang kebal dengan undang/peraturan. Kokum bagi beliau adalah suatu yang baru walaupun tidak dinafikan ada juga sedikit pengalaman . Bagi saya walau apapun jawatan yang disandang saya pasti cg Ucen ( Nama glamor saya bagi) tidak gentar walau sedikitpun. Teringat saya kata pemimpin negara
"…pegawai-pegawai di dalam perkhidmatan awam harus berorientasikan tindakan atau
action-oriented. Zaman kita menanti peluang-peluang menjelma telah berlalu. Zaman ini bukan sahaja memerlukan kita mencari peluang-peluang baru, malahan kita perlu membentuk peluang-peluang, dan untuk ini, cara-cara berfikir yang literal dan strategik adalah diperlukan”.
Tun Dr. Mahathir Mohamad, 22 Ogos 1989, Kuala Lumpur
Majlis Perasmian Perayaan 55 Tahun Perkhidmatan Awam Malaysia
Selamat bertugas untuk Cg Ucen, Semoga hari-hari mendatang akan lebih ceria lagi di halaman yang baru. Harapan saya walau mana kita berada Semporna pasti dihati kita.. Good luck...
Dicatat oleh: Mohd Said Ahmad
AKTIVITI BIDANG KEMANUSIAAN SMK KABOGAN
1.0 PENDAHULUAN
Sepanjang bulan Januari hingga Julai 2008, pelbagai aktiviti atau program telah dirancang oleh Bidang Kemanusiaan untuk meningkatkan pencapaian prestasi pelajar dalam bidang akademik. Terdapat tujuh panitia yang berpayung di bawah bidang kemanusiaan yang mana kesemua panitia ini saling bekerjasama dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar melalui aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan.Laporan ini disediakan untuk melihat sejauhmana aktiviti yang telah dirancang oleh Bidang Kemanusiaan dan unit-unit di bawahnya telah dapat dilaksanakan dan mengambil tindakan sewajarnya jika aktiviti atau program penting yang sepatutnya dilaksanakan tidak dijalankan.
1.0 OBJEKTIF PROGRAM / AKTIVITI
Terdapat beberapa objektif :
1.1 Meningkatkan prestasi pelajar dalam bidang akademik.
1.2 Memantapkan pengajaran guru melalui aktiviti pencerapan yang dilakukan oleh pihak pentadbir, Ketua Bidang dan Ketua Panitia.
1.3 Mendedahkan pelajar kepada peningkatan pengetahuan sedia ada melalui program berbentuk amali.
1.4 Mewujudkan semangat kerja berpasukan.
2.0 LAPORAN PROGRAM / AKTIVITI
(LAMPIRAN)
3.0 ANALISIS PROGRAM/AKTIVITI
3.1 KEKUATAN
4.1.1 Kerjasama dan komitmen guru dalam setiap program.
4.1.2 Guru-guru opsyen yang mengajar subjek-subjek tertentu.
4.1.3 Kerjasama pihak pengurusan dalam setiap aktiviti yang
dilaksanakan.
3.2 KELEMAHAN
3.2.1 Guru yang mengajar subjek-subjek tertentu terdiri dari mereka yang bukan opsyen.
3.2.2 Tidak semua guru memberikan komitmen yang baik dalam setiap aktiviti.
3.2.3 Kehadiran pelajar terutama ke kelas tambahan kurang memuaskan.
3.2.4 Terdapat kekangan masa dan kewangan dalam aktiviti yang dilaksanakan.
3.3 PENAMBAHBAIKAN
3.3.1 mendapatkan guru opsyen.
3.3.2 Mengadakan kursus peningkatan profesionalisme untuk guru-guru sebagai refresh dan meningkatkan motivasi guru.
3.3.3 Mengurangkan kekangan masa dan kewangan dalam setiap aktiviti.
Terima kasih atas sumbangan saudara kepada warga SMK Kabogan. Kami doakan saudara sihat sejahtera di samping keluarga tercinta.
BalasPadam