Guru Penjana Modal Insan
SMK Kabogan 1989-2009 Selamat menunaikan tanggungjawab dan amanah agama bangsa dan negara. Kita adalagh insan paling istimewa yang dikurniakan Allah segala kelebihan. Mendidik manusia jadi seorang yang berguna adalah satu amanah yang sungguh mulia.. Walaupun sekolah kita tidaklah sehebat sekolah lain di daerah kita, tapi kita harus bangga disebalik kekurangan ini kita dikurniakan kerjasama dan hubungan sangat baik stafnya.SMK Kabogan adalah sekolah yang sungguh beruntung dengan kehadiran guru-guru yang bersemangat tinggi memperjuangkan anak bangsanya. 20 Tahun sudah berlalu, SMK Kabogan masih tetap megah dengan kehebatan tersendirinya. Siapa sangka SMK Kabogan yang begitu daif telah menjangkau 20 tahun dan masih tetap dengan bangunan2 lama yang daif. Kita hanya berputih mata melihat sekolah lain dengan kehebatan fizikalnya.Tahun 2009 mungkin tahun yang paling gemilang bagi sekolah ini dengan beberapa perubahan yang dibuat oleh pihak pengurusan sekolah. Saya berharap setiap usaha ini akan disambut baik oleh para pendidik di sekolah ini. Biarlah 20 tahun berlalu yang penting semangat memajukan anak bangsa tidak akan luntur..... Ayo SMKKS 2010.. Kita akan terus perjuangkan anak bangsa kita, kita akan lahirkan bangsa yang akan memikul tanggungjawab dimasa akan datang......
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1430H
Dan Selamat Menjalankan Tugas Tahun 2010
AKTIVITI BIDANG KEMANUSIAAN SMK KABOGAN
1.0 PENDAHULUAN
Sepanjang bulan Januari hingga Julai 2008, pelbagai aktiviti atau program telah dirancang oleh Bidang Kemanusiaan untuk meningkatkan pencapaian prestasi pelajar dalam bidang akademik. Terdapat tujuh panitia yang berpayung di bawah bidang kemanusiaan yang mana kesemua panitia ini saling bekerjasama dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar melalui aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan.Laporan ini disediakan untuk melihat sejauhmana aktiviti yang telah dirancang oleh Bidang Kemanusiaan dan unit-unit di bawahnya telah dapat dilaksanakan dan mengambil tindakan sewajarnya jika aktiviti atau program penting yang sepatutnya dilaksanakan tidak dijalankan.
1.0 OBJEKTIF PROGRAM / AKTIVITI
Terdapat beberapa objektif :
1.1 Meningkatkan prestasi pelajar dalam bidang akademik.
1.2 Memantapkan pengajaran guru melalui aktiviti pencerapan yang dilakukan oleh pihak pentadbir, Ketua Bidang dan Ketua Panitia.
1.3 Mendedahkan pelajar kepada peningkatan pengetahuan sedia ada melalui program berbentuk amali.
1.4 Mewujudkan semangat kerja berpasukan.
2.0 LAPORAN PROGRAM / AKTIVITI
(LAMPIRAN)
3.0 ANALISIS PROGRAM/AKTIVITI
3.1 KEKUATAN
4.1.1 Kerjasama dan komitmen guru dalam setiap program.
4.1.2 Guru-guru opsyen yang mengajar subjek-subjek tertentu.
4.1.3 Kerjasama pihak pengurusan dalam setiap aktiviti yang
dilaksanakan.
3.2 KELEMAHAN
3.2.1 Guru yang mengajar subjek-subjek tertentu terdiri dari mereka yang bukan opsyen.
3.2.2 Tidak semua guru memberikan komitmen yang baik dalam setiap aktiviti.
3.2.3 Kehadiran pelajar terutama ke kelas tambahan kurang memuaskan.
3.2.4 Terdapat kekangan masa dan kewangan dalam aktiviti yang dilaksanakan.
3.3 PENAMBAHBAIKAN
3.3.1 mendapatkan guru opsyen.
3.3.2 Mengadakan kursus peningkatan profesionalisme untuk guru-guru sebagai refresh dan meningkatkan motivasi guru.
3.3.3 Mengurangkan kekangan masa dan kewangan dalam setiap aktiviti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan